PETALING JAYA: Empat kenderaan musnah dalam kebakaran di pangsapuri di Taman Melati, dekat sini petang semalam.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.04 petang dan dua jentera dihantar ke lokasi kejadian.
Komander Operasi, Zaid Zainal berkata, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dan BBP Setapak serta jentera FRT dan EMRS ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati berlaku kebakaran melibatkan empat buah kereta yang diletakan di bawah khemah kawasan tempat letak kenderaan.
“Kebakaran melibatkan kenderaan Proton Persona Mercedes yang musnah sepenuhnya manakala Perodua Kancil terbakar 60 peratus serta Nissan Almera terbakar 30 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE










