Dua maut nahas kereta, bas - Utusan Malaysia

Dua maut nahas kereta, bas

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa kemalangan maut di Jalan Degong, Kampar hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera setelah kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah bas di Jalan Degong di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 6.09 pagi dengan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Persona dinaiki empat lelaki dan sebuah bas transit awam.

“Operasi menyelamatkan dua mangsa tersepit yang duduk di bahagian pemandu dan penumpang hadapan segera dijalankan menggunakan peralatan menyelamat.

“Kedua-dua mangsa yang parah bagaimanapun disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dua lagi lelaki yang duduk di bahagian penumpang belakang kereta cedera manakala pemandu dan penumpang bas pula terselamat.

“Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 7.40 pagi,” katanya.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya