Dua lelaki mengaku tidak bersalah ugut wanita - Utusan Malaysia

Dua lelaki mengaku tidak bersalah ugut wanita

DUA lelaki mengaku tidak bersalah peras ugut seorang wanita yang mendorongnya menyerahkan wang tunai di Mahkamah Majistret, Klang, Selangor hari ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG : Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan melakukan peras ugut terhadap seorang wanita sehingga mendorongnya menyerahkan wang tunai, 25 November lalu.

Kedua-dua tertuduh, Zainal Abidin Ontak, 34, dan Azahari Mohamed Tahir, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd. Rashid.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa hendak melakukan pemerasan dan telah mendatangkan ketakutan kepada seorang wanita yang mendorongnya menyerahkan wang tunai di Kampung Idaman, Pandamaran, di sini pada pukul 2.30 petang, 25 November lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur’ Ayuni Jamri menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 terhadap setiap tertuduh.

Peguam bela, K. Nathiya bagaimanapun memohon jaminan yang lebih rendah memandangkan kedua-dua tertuduh sudah berkahwin dan perlu menyara anak masing-masing selain isteri yang tidak bekerja.

“Kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan polis dan mereka hadir ke mahkamah hari ini sendiri walaupun menerima notis yang singkat.

“Mereka hanya mempunyai RM2,000 sahaja dan memohon mahkamah memberikan jaminan yang lebih rendah,” katanya.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan jaminan RM2,500 terhadap setiap tertuduh dan menetapkan 19 Januari hadapan untuk sebutan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya