Dua lelaki lari dari polis dikhuatiri lemas  - Utusan Malaysia

Dua lelaki lari dari polis dikhuatiri lemas 

ANGGOTA bomba melakukan usaha mencari dan menyelamat dua lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Muda, Kepala Batas, Pulau Pinang ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Dua lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Muda berdekatan Kompleks Pasar Bisik di Penaga, di sini ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis awal pagi tadi.

Bagaimanapun identiti kedua-dua mangsa setakat ini belum dikenal pasti.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.32 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Muda bergegas ke lokasi.

Menurutnya, bomba melakukan usaha mencari dan menyelamat dengan kaedah pencarian pada permukaan.

“Berdasarkan laporan, terdapat dua mangsa lelaki dikhuatiri lemas sewaktu berenang ketika melarikan diri semasa operasi yang dijalankan oleh pihak polis.

“Usaha pencarian sambil dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Butterworth sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya