Djokovic sudah kaji permainan Medvedev - Utusan Malaysia

Djokovic sudah kaji permainan Medvedev

NOCAK DJOKOVIC menjuarai Paris Masters selepas mengatasi Daniil Medvedev dengan 4-6, 6-3, 6-3 di Arena AccorHotels, Paris, semalam.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Menyaksikan semula perlawanan akhir di Terbuka Amerika Syarikat membolehkan Novak Djokovic membalas dendam ke atas Daniil Medvedev, sekali gus menjuarai kejohanan Paris Masters, semalam.

Djokovic tewas kepada Medvedev di pentas akhir Terbuka AS pada September lalu, menyebabkan bintang Serbia itu terlepas untuk merangkul gelaran Golden Slam musim ini.

Pemain berusia 34 tahun itu meraih gelaran Masters 1000 yang ke-37 sepanjang kariernya selepas mengatasi Medvedev dari Rusia dengan 4-6, 6-3, 6-3.

Pemain No. 1 dunia itu menjelaskan, dia menyaksikan semula perlawanan di New York itu untuk mengenalpasti kekurangannya, selain ingin mendapat tahu gaya permainan Medvedev dengan lebih mendalam.

“Saya menonton semula perlawanan akhir Terbuka Amerika Syarikat untuk melihat apa yang betul dan apa yang salah.

“Saya juga cuba membaca gaya servis Daniil. Saya boleh nampak dengan jelas permainannya sebab jurang mata dalam perlawanan itu tidak terlalu jauh,” kata Djokovic.

Pemain tersebut mengesahkan kedudukannya selaku pemain No. 1 dunia sehingga penghujung tahun ini buat kali ketujuh selepas menundukkan Hubert Hurkacz dalam aksi separuh akhir Paris Masters, Sabtu lalu.

Kemenangan di Paris itu merupakan gelaran kelima Djokovic tahun ini, dan kejuaraan keenamnya dalam kejohanan tersebut walaupun tidak mengambil bahagian musim lalu.- AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya