Dini Schatzmann alami jangkitan bakteria - Utusan Malaysia

Dini Schatzmann alami jangkitan bakteria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Dini Schatzmann telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan bakteria.

Perkara itu disahkan teman wanitanya yang juga pelakon, Janna Nick.

“Ya, dia mengalami jangkitan bakteria dan demam panas.

“Kami sempat berjumpa namun tak dapat menemaninya kerana tidak dibenarkan pihak hospital.

“Dia kini dirawat dengan pengambilan antibiotik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dini, 27, atau nama penuhnya Dini Azan Schatzmann merupakan pelakon berdarah kacukan Melayu dan Switzerland.

Dia pernah muncul dalam drama popular seperti The Hotel, Marry Me Senorita dan Bukan Cinta Aku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN