Daftar GRS, Mahdzir serah kepada kepimpinan UMNO Sabah - Utusan Malaysia

Daftar GRS, Mahdzir serah kepada kepimpinan UMNO Sabah

MAHDZIR Khalid (dua kiri) bersama tetamu jemputan lain semasa pelancaran pasukan bergerak Operasi Vaksin Penilaian Pantas (Ravo) hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyerahkan kepada kepimpinan UMNO Sabah untuk membuat keputusan berhubung pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai gabungan rasmi.

Beliau berkata, perkara ini harus diputuskan sendiri oleh pemimpin UMNO di Sabah kerana mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk Sabah.

“Itu keputusan orang Sabah bah..kita kasi orang Sabah fikir mana yang terbaik,” katanya semasa sidang akhbar selepas pelancaran pasukan bergerak Operasi Vaksin Penilaian Pantas (Ravo) hari ini.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kekangan yang mungkin dihadapi Barisan Nasional (BN) Sabah sekiranya GRS didaftarkan sebagai gabungan parti politik yang rasmi.

Pada Khamis lalu, Pengerusi Kelab Backbenchers GRS, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencadangkan GRS didaftarkan sebagai gabungan parti politik secara rasmi bagi mengelak berlaku pertembungan antara BN dan Perikatan Nasional (PN) seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Salleh Said, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata, PRN Melaka memberi petunjuk jelas untuk pemimpin politik GRS untuk memperkasakan hala tuju GRS.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu cadangan itu diteliti dan dibincangkan untuk melihat keburukan dan kebaikan jika gabungan tersebut didaftarkan.

“Mungkin itu pandangan peribadi dia (Salleh) namun, bagi pihak UMNO Sabah kita sedia berbincang untuk meneliti cadangan tersebut,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.