Cuaca mendung, Adly seru segera keluar mengundi - Utusan Malaysia

Cuaca mendung, Adly seru segera keluar mengundi

ADLY Zahari bersama isteri, Dalilah Awaludin dan anak perempuannya Izny Adly, 24, tiba pada hari mengundi biasa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di SK Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Cuaca mendung dan hujan renyai di beberapa kawasan di negeri ini, memerlukan pengundi segera keluar menunaikan tanggungjawab, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari.

Beliau yang mengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal tiba di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal bersama isteri dan anak kira-kira pukul 8.05 pagi.

Adly turut memuji prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang disifatkannya lancar dan pengundi tidak menunggu lama untuk menunaikan tanggungjawab.

“Pengundian berjalan dengan baik kerana kita tahu SOP telah ditetapkan dan saya fikir di pusat-pusat pengundian itu, tempoh saya pun sekejap saja. Jadi saya fikir SPR telah melaksanakan SOP yang ditetapkan.

“Memang agak mendung tapi saya rasa mungkin tengah hari akan cerah sikit. Jadi kita harap pengundi kita mungkin boleh cepat keluar mengundi untuk laksanakan tanggungjawab,” katanya ketika ditemui pemberita.

Calon Ketua Menteri PH itu bagaimanapun bertanding di DUN Bukit Katil manakala kerusi Durian Tunggal ditandingi Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negeri (Amanah) Melaka, Datuk Mohd. Sofi Abdul Wahab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya