Cat warna jingga taktik van sekolah haram kaburi JPJ - Utusan Malaysia

Cat warna jingga taktik van sekolah haram kaburi JPJ

OPERASI bas sekolah haram yang dijalankan  JPJ Negeri Sembilan di Seremban, Negeri Sembilan,  hari ini.- UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Segelintir pengusaha van persendirian dikesan cuba mengaburi mata penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan ibu bapa dengan mengecat kenderaan itu berwarna jingga kononnya sebagai van sekolah yang sah.

Perkara tersebut dikesan hasil operasi bas sekolah haram yang dijalankan JPJ di sekitar daerah ini hari ini.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, operasi itu dijalankan hasil risikan oleh 28 orang pegawai serta anggota penguat kuasa JPJ sejak 18 November lalu dengan mengesan van sekolah haram yang beroperasi membawa pelajar sekolah.

“Sepanjang pemerhatian dan risikan selama seminggu, sebanyak 16 buah kenderaan dikenal pasti beroperasi tanpa permit sah dan dan tidak melalui pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) yang sepatutnya dibuat secara berskala enam bulan sekali.

“Pengusaha van persendirian malah hanya mengecat van dengan warna jingga bagi mengaburi ibu bapa dan lebih berbahaya kenderaan itu tidak mempunyai insurans,” katanya dalam sidang akhbar selepas operasi bas haram di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya