Calon PH DUN Tanjung Bidara seru keluar undi, 43% setakat pukul 1 - Utusan Malaysia

Calon PH DUN Tanjung Bidara seru keluar undi, 43% setakat pukul 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Zainal Hasan menyeru rakyat Melaka keluar mengundi pada PIlihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini. 

Beliau berkata, ini berikutan tanggungjawab itu sebagai penentu masa depan anak cucu pengundi nanti. 

“Jom keluar undi untuk masa depan kita dan anak cucu kita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

DUN Tanjung Bidara menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Zainal dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan calon Ketua Menteri Perikatan Nasional, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. 

Setakat pukul 1 petang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, jumlah keluar mengundi bagi pilihan raya itu adalah 43 peratus. 

SPR sebelum ini menyasarkan kira-kira 70 peratus daripada 495,196 pengundi yang layak keluar mengundi pada pilihan raya negeri itu. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya