Calon muda tak ubah prinsip ‘katak berprinsip’ - Utusan Malaysia

Calon muda tak ubah prinsip ‘katak berprinsip’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amir Abd. Hadi dipercayai menyindir Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan calon berumur muda tidak boleh menutup mata rakyat daripada isu ‘katak berprinsip’.

Beliau berkata, pihaknya tidak menafikan ramai pimpinan muda parti itu yang menyambut baik pencalonan calon-calon wajah baharu dan muda umurnya, maka pihaknya juga ikut sama menyambutnya dengan baik. 

“Namun, sekadar meletakkan calon berumur muda tidak akan mengubah apa-apa tanpa perubahan struktural.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berapa ramai suara muda yang dilibatkan dalam proses rundingan kerusi parti? Berapa ramai orang muda diberi ruang dan diangkat suaranya dalam isu menerima katak sebagai calon parti? 

“Berapa ramai dilibatkan dalam perbincangan-perbincangan strategik? atau semua dibuat oleh orang sama dan kita sekadar penontonnya?, malah untuk sekian lama kita masih tetap perlu mengampu warlord dalam parti untuk ke hadapan?,” soalnya dalam satu hantaran di Twitter semalam. 

Sabtu lepas, media melaporkan PH mempertaruhkan calon termuda berusia 21 tahun, Farzana Hayani Mohd Nasir yang juga Ketua Srikandi Keadilan Melaka untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini. 

Bagaimanapun, Muda mengambil pendekatan berkecuali dalam pilihan raya itu berikutan PH mengangkat politik yang tidak bermaruah dan tidak berprinsip apabila menerima bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bertanding di kawasan DUN Asahan dan Datuk Nor Azman Hassan yang akan mempertahankan DUN Pantai Kundor atas tiket PH. 

Menurut Amir, soal mengenai bertanding atau sebaliknya itu bukan perkara utama masa kini kerana Muda hadir bagi mencabar halangan struktur yang mencengkam sekian lama. 

“Ini kerana muda bukan pada umurnya, tetapi pembaharuan pada jiwa dan semangat,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×