Cabul kanak-kanak 6 tahun, bapa tiri ditahan polis - Utusan Malaysia

Cabul kanak-kanak 6 tahun, bapa tiri ditahan polis

CHA HOONG FONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG:  Tindakan seorang lelaki yang didakwa mencabul anak tiri perempuannya berusia enam tahun, terbongkar selepas mangsa mengadu kejadian itu kepada bapa kandungnya.

Suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan polis di rumahnya di Taman Sri Andalas kira-kira pukul 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal mendapati, kejadian didakwa berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari  Isnin lalu di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Katanya, mangsa didakwa dicabul selepas pulang dari taska dan semasa kejadian hanya kanak-kanak itu dan suspek berada di rumah tersebut.

“Suspek dikatakan menyentuh kemaluan kanak-kanak tersebut sebelum mangsa bertindak memaklumkan kejadian itu kepada bapa kandungnya.

“Polis yang menerima laporan polis d menahan suspek di rumahnya pukul 8 malam tadi,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, ibu mangsa dan suspek baru sahaja berkahwin awal Januari lalu.

Jelas Hoong Fong, kanak-kanak itu dijaga secara bergilir antara ibu dan bapa kandungnya itu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan, bagaimanapun kami mendapati ini adalah kali pertama suspek bertindak sedemikian terhadap mangsa.

“Susulan tangkapan, polis mendapat perintah reman selama enam hari terhadap suspek dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.