BN yakin menang lebih 18 kerusi - Sulaiman - Utusan Malaysia

BN yakin menang lebih 18 kerusi – Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AYER KEROH: Barisan Nasional (BN) yakin akan memenangi lebih 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok.

Calon Ketua Menteri BN, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, pihaknya mahukan satu mandat yang besar untuk menjamin kestabilan kerajaan negeri di samping menunaikan janji-janji pembangunan dan kebajikan kepada rakyat.

Namun kata beliau, perkara itu bergantung sepenuhnya kepada jumlah peratusan keluar mengundi dan kemudian memangkah lambang BN dalam kertas undi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya yakin bukan 18 kerusi tetapi lebih. Sebab kita hendak mandat besar untuk membentuk kerajaan.

“Insya-Allah BN boleh. Terserah kepada rakyat untuk menilai dan memilih kerana itu hak mereka setelah melihat rekod cemerlang kita sepanjang menjadi kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ketika ditanya kemungkinan DUN tergantung selepas keputusan PRN esok, Sulaiman menjelaskan perkara itu hanya boleh dielakkan jika semua rakyat keluar mengundi dan memilih BN.

Jelas beliau, pilihan raya bukan satu perkara boleh dibuat main-main kerana tersilap percaturan akan mengulangi krisis politik seperti mana berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Calon BN DUN Lendu itu kemudian menegaskan, jika silap memilih, rakyat kena tunggu lima tahun lagi iaitu sehingga 2026. 

“Malah sudah ada kedengaran apabila terdapat pihak mengatakan tidak perlu keluar mengundi, sebab tahun depan ada Pilihan Raya Umum (PRU).

“Untuk makluman, ini PRN adalah Pilihan Raya Umum bagi negeri ini. Jika ada pilihan raya tahun sekali pun, ia bagi memilih ahli Parlimen di peringkat Persekutuan. 

“Jadi keluarlah mengundi esok dengan mengikut SOP ditetapkan. Saya merayu anda semua keluar dan pilihlah BN untuk demi kestabilan negeri,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×