Barisan Nasional sentiasa bela kaum Orang Asli - Dira

BN sentiasa bela Orang Asli – Dira

KHAIDHIRAH ABU ZAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Barisan Nasional (BN) sentiasa membela nasib Orang Asli di samping memenuhi keperluan pembangunan golongan itu khususnya di Melaka.

Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira berkata, selain itu amat penting untuk memelihara budaya dan gaya hidup Orang Asli dengan menawarkan pembangunan yang memenuhi keperluan mereka.

Ujarnya lagi, beliau sangat bersyukur dan berterima kasih kepada masyarakat Orang Asli kerana sokongan diberikan kepadanya sebagai calon BN.

“Sokongan yang mereka berikan kepada kerajaan dan juga saya sebagai Calon Barisan Nasional Nombor 3 DUN N.25 Rim, saya sambut dengan tangan terbuka dan rendah hati.

“Penting untuk kita pelihara budaya dan gaya hidup mereka di samping menawarkan pembangunan yang memenuhi keperluan Orang Asli,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu Dira melawat Orang Asli di kawasan DUN Rim sebagai salah satu kempen bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya