BN mampu menang mencukupi atau melebihi - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

BN mampu menang mencukupi atau melebihi – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID Hamidi (kanan) bersama Sulaiman Md. Ali menziarahi keluarga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Allahyarham Datuk Seri Ghaafar Atan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat di negeri ini yang akan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok, harus memilih calon-calon daripada Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, rakyat harus tahu hanya BN sahaja parti yang mampu membela nasib rakyat sepanjang lebih 60 tahun memerintah.

“Saya tahu rakyat di negeri ini mahu sebuah kerajaan yang stabil serta boleh memberikan kemakmuran dan calon-calon kita mampu melaksanakannya.

“Saya lihat serta mendapat laporan bahawa gelombang menyokong calon-calon BN yang bertanding beberapa jam sebelum rakyat di negeri ini keluar mengundi esok menunjukkan peningkatan mendadak.

“Melihat daripada sokongan yang meningkat ini, saya tidak menolak kemungkinan BN mampu menang sama ada mencukupi atau melebihi kerusi untuk membentuk kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui sewaktu melawat Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor sebentar tadi.

Ahmad Zahid berkata, jentera di seluruh 28 DUN dibantu oleh negeri-negeri angkat telah melaksanakan tugas meyakinkan pengundi untuk memilih BN.

Katanya, jentera yang didatangkan dari seluruh negeri cukup berpengalaman ketika membantu BN menang dalam tujuh pilihan raya kecil (PRK) yang lalu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan, jika BN menang dalam PRN esok, nama calon DUN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali akan tetap dipilih untuk menjadi Ketua Menteri.- UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya