BN ekstrem kembalikan demokrasi, pulihkan Malaysia - Khaled Nordin - Utusan Malaysia

BN ekstrem kembalikan demokrasi, pulihkan Malaysia – Khaled Nordin

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendakwa Pas mungkin kelihatan sederhana bukan kerana ideologi dan pendekatan politiknya, tetapi kerana terpaksa terus diajak untuk bersama-sama menjadi kerajaan.

Beliau berkata, rekod dan prestasi Pas jelas menunjukkan bahawa ia bukan parti sederhana.

Malah katanya, walaupun berpuluh tahun kewujudan Pas dengan Islam yang dicanangkan sebagai landasan, majoriti orang Melayu tidak pernah menerima Pas sebagai parti yang boleh mewakili mereka.

“Pas tidak pernah menang besar dalam mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) kerana pada orang Melayu dan rakyat Malaysia secara umumnya, Pas adalah parti dengan ideologi Islam yang ekstrem.

“Mereka tidak yakin Pas boleh menawarkan solusi untuk Malaysia dengan komposisi kemajmukannya yang kompleks,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang parti itu menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bersama Perikatan Nasional (PN) untuk membawa pembaharuan kepada negeri itu.

Menurut Abdul Hadi, ini kerana BN memiliki pelbagai kelemahan dan berpendapat pembaharuan perlu dilaksanakan sekali gus faktor tertubuhnya PN dengan mengetepikan ‘parti-parti ekstrem’.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, walaupun BN mempunyai sisinya yang ‘ekstrem’, ia dilihat bersebab dan berasas.

“Kepada Pas dan PN, BN ada kelemahannya. Namun kelemahan BN bukannya kerana ia parti yang ekstrem.

“BN ekstrem mempertahankan kemajmukan Malaysia. BN ekstrem menentang mereka yang khianat pada mandat rakyat dan meludah demokrasi dengan melompat sesedap rasa. BN ekstrem mengembalikan demokrasi dan memulihkan Malaysia dengan sebaiknya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya