BN desak laluan HSR KL-Singapura diteruskan - Utusan Malaysia

BN desak laluan HSR KL-Singapura diteruskan

SULAIMAN MD. Ali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AYER KEROH: Melaka tidak akan memberikan kebenaran terhadap pelaksanaan Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) jika ia hanya berhenti di Johor.

Calon Ketua Menteri BN, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, sebaliknya pihaknya mahu laluan projek itu diteruskan dari Kuala Lumpur ke Singapura kerana bagi membawa limpahan ekonomi ke negeri ini.

Justeru kata beliau, ia merupakan janji manifesto BN jika diberikan mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

“Jika BN diberikan mandat baharu nanti, kita desak agar HSR Kuala Lumpur-Singapura diteruskan agar laluan dapat melalui Melaka sekali gus membawa limpahan pembangunan ekonomi kepada negeri ini.

“Namun jika hantar laluan antara Kuala Lumpur-Johor, kita akan menolak atau tidak memberikan laluan untuk dilaksanakan di Melaka,” katanya dalam wawancara bersama media di Seri Bendahara hari ini.

Sebelum ini, Malaysia dan Singapura memutuskan HSR dibatalkan selepas tempoh penangguhan projek itu berakhir hujung Disember tahun lalu.

Laluan kereta api sejauh 350 kilometer yang pada mulanya telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak pada 2013 itu akan bergerak dari stesen terminal pusat bandar Kuala Lumpur ke terminal di Jurong East, Singapura.

Malah HSR itu menyaksikan laluan akan melalui beberapa negeri termasuk Melaka.

Sulaiman kemudian menjelaskan beliau mempunyai beberapa perancangan di Melaka sekiranya projek HSR antara Kuala Lumpur-Singapura diteruskan termasuk berkenaan aspek ekonomi dan pelancongan.

Katanya, malah para pelancong dari Singapura dan Johor boleh singgah di Melaka dengan HSR dan akhirnya memberi potensi menyeluruh kepada rakyat.

“Bukan sahaja limpahan ekonomi, malah dapat mengatasi kesesakan yang sering berlaku di Melaka.

“Kita desak HSR antara Kuala Lumpur dan Singapura diteruskan dengan laluan dapat melalui negeri ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya