Bila Kamarudin jumpa Guan Eng - Utusan Malaysia

Bila Kamarudin jumpa Guan Eng

KAMARUDIN Sidek (kanan), Lim Guan Eng (kiri) dan Damian Yeo Shen Li (dua dari kiri) berbual ketika terserempak di sebuah kedai makan di Duyong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Kita ok (okey). Makan-makan mesti suka hati,” kata Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamarudin Sidek kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kamarudin yang juga calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong berkata demikian ketika menyapa Guan Eng selepas terserempak di sebuah kedai makan ketika menyantuni pengundi di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, pemimpin politik seharusnya berjiwa besar dan tidak setiap masa bertelingkah, memandangkan semua manusia adalah bersaudara.

“Dalam berpolitik kita harus berjiwa besar. Bukanlah setiap masa kita ingin bertelingkah. Kita berbincang dan berunding adalah sebaik baik jalan. Lihat dan pandang sekeliling, kita semua bersaudara,” katanya.

Yang turut hadir calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi DUN Duyong, Damian Yeo Shen Li.

DUN Duyong menyaksikan pertembungan enam penjuru antara Kamarudin, Damian dengan calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Noor Helmy; calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Mohd. Faizal Amzah serta dua calon Bebas, Muhamad Hafiz Ishak dan Gan Tian Soh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya