KOTA TINGGI: Kisah Bigfoot yang menggemparkan negara kira-kira 20 tahun lalu di Johor masih dianggap wujud dalam kalangan penduduk Kampung Mawai di sini, terutama yang mendakwa pernah terserempak dengan haiwan tersebut. Walaupun kewujudannya dianggap mitos, ramai penduduk mempercayai kewujudan haiwan terbabit yang sehingga kini belum dapat dibuktikan secara nyata melainkan sekadar dakwaan. Penduduk kampung tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 55, berkata, dia antara yang beruntung apabila pernah melihat haiwan tersebut kira-kira 20 tahun lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Man mendakwa berdepan pengalaman tersebut sebanyak dua kali yang masih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya