Wanita mungkin boleh hamil tanpa lelaki menerusi parthenogenesis - Utusan Malaysia

Wanita mungkin boleh hamil tanpa lelaki menerusi parthenogenesis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Fenomena ‘kelahiran dara’ mungkin kedengaran seperti kisah dalam kitab suci, namun ia sebenarnya satu keajaiban alam yang benar-benar wujud.

Dikenali dalam sains sebagai parthenogenesis, proses pembiakan aseksual ini membolehkan anak yang sihat terbentuk daripada telur betina yang tidak disenyawakan.

Bulan lalu, seekor biawak betina di sebuah zoo berhampiran Birmingham mengejutkan penjaga apabila melahirkan lapan ekor anak walaupun tidak pernah didekati biawak jantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Fenomena serupa dilaporkan pada pelbagai spesies lain termasuk jerung, ular, buaya, krustasea, kala jengking dan tebuan. Menariknya, proses ini langsung tidak memerlukan kehadiran haiwan jantan, sekali gus menimbulkan persoalan tentang peranan mereka dalam kitaran pembiakan.

Setakat ini, parthenogenesis belum pernah berlaku secara semula jadi pada manusia, namun kejayaan pembiakan tanpa jantan telah direkodkan pada beberapa mamalia.

Pakar tidak menolak kemungkinan ‘kelahiran dara’ manusia mungkin dapat dicapai suatu hari nanti.

Bagi kebanyakan haiwan, pembiakan biasanya melibatkan persenyawaan telur betina oleh sperma jantan. Sebaliknya, parthenogenesis hanya memerlukan seorang induk untuk melahirkan dan mewariskan genetiknya.

Punca sebenar yang mencetuskan proses ini masih belum jelas, begitu juga kaitan antara spesies yang mempunyai keupayaan tersebut.

Bagaimanapun, penyelidik mendapati ia sering berlaku apabila betina terasing lama dan sukar menemui pasangan.

Secara teori, keadaan ini menimbulkan persoalan, adakah wanita yang hidup sendirian berpotensi hamil tanpa hubungan seksual?

Para saintis masih mengkaji kemungkinan tersebut, namun fenomena ‘kelahiran dara’ terus membuka lembaran baharu dalam pemahaman kita tentang pembiakan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×