Biar pucuk pimpinan tentukan - Lim Ban Hong - Utusan Malaysia

Biar pucuk pimpinan tentukan – Lim Ban Hong

LIM Ban Hong bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong sewaktu berkempen dalam PRN Melaka, berakhir Sabtu lalu. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelebang, Datuk Lim Ban Hong mungkin memberi laluan kepada ADUN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem untuk dipilih sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang akan diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Ban Hong berkata, beliau lebih cenderung untuk kekal sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang disandangnya ketika ini.

Namun, katanya, perkara tersebut akan dibincangkan dengan pucuk pimpinan tertinggi MCA dan Sulaiman terlebih dahulu.

“Saya perlu menghormati Sulaiman yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, Presiden MCA dan Pengerusi Barisan Nasional (BN). Saya tidak boleh mendahului mereka memberi komen.

“Kita tunggu sahaja keputusan dan pengumuman yang dibuat oleh mereka. Sebagai ADUN, saya perlu menghormati pucuk pimpinan tertinggi parti,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan 59 penduduk Kampung Batang Tiga berhubung hal pemilikan tanah.

Nama Ban Hong disebut-sebut bakal menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelebang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN