Bekas pemimpin, ahli Putra Kedah sertai Parti Kuasa Rakyat - Utusan Malaysia

Bekas pemimpin, ahli Putra Kedah sertai Parti Kuasa Rakyat

MUSTAFFA IDRUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebahagian ahli Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Kedah yang bertindak keluar meninggalkan parti itu kini menyertai parti baharu, Parti Kuasa Rakyat yang ditubuhkan pada Oktober lalu.

Bekas Pengerusi Perhubungan Putra Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, dia dan rakan-rakan lain berbuat keputusan meninggalkan Putra sebelum ini kerana sudah tidak sehaluan lagi dengan presiden parti, Datuk Dr. Ibrahim Ali.

“Ramai bekas Ahli Jawatankuasa Bahagian Putra negeri  menyertai Parti Kuasa Rakyat dan proses mengedar borang keahlian kepada orang ramai di negeri ini akan dilakukan selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Parti Kuasa Rakyat yang diasaskan oleh abang Perdana Menteri, Kamarazaman Yaakob akan memperjuangkan hak rakyat miskin di negara ini dan menjadi parti mesra kerajaan.

Mustaffa menambah,  beliau percaya parti baharu ini  akan mendapat sambutan dalam rakyat berbilang kaum.

Ini kerana, katanya, parti baharu itu berpaksikan kepada konsep nasionalisme marhaenisme yang memperjuangkan nasib rakyat terutama dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) serta anak muda.

“Iklim politik negara hari ini memerlukan sebuah parti yang berbilang bangsa dan kaum, bukan hanya di dalam Perlembagaan tetapi dari segi komposisi kepemimpinan dan ahli malah parti juga mestilah sarat dengan perjuangan untuk seluruh anak bangsa. 

“Parti seperti inilah juga yang sedang dicari dan ditunggu oleh generasi muda,” katanya.

Selain itu, menurutnya, Parti Kuasa Rakyat turut dianggotai oleh beberapa golongan profesional iaitu Prof. Datuk Dr. Mohamad Nasir Saludin, Prof. Dr. Mohd. Sahandri Gani Hamzah, Dr. Helmi Ibrahim, Dr. Hamzah Jaaffar, Dr. Gabriel Walter, Datuk Ching Eu Boon, Datuk Anas Yusof Sulaiman, Nik Abdul Aziz Nik Hassan, N. Gobalakrishnan, Razali Abd. Razak dan Suharmili Roslee.

Pada 3 November lalu, Mustaffa mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Putra Kedah dan meninggalkan parti tersebut berkuat kuasa hari ini.

Turut meninggalkan parti itu ialah Timbalan Pengerusi Putra negeri, Datuk Fadhil Hanafi serta beberapa ahli jawatan kuasa lain.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN