Beberapa kawasan di Ampang dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Beberapa kawasan di Ampang dilanda banjir kilat

Keadaan beberapa kawasan dipenuhi lumpur selepas banjir kilat melanda sekitar Taman Hillview, Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan, Ampang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Hujan lebat di sekitar Lembah Klang sejak lewat petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Ampang iaitu Taman Hillview, Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan, dilanda banjir kilat.

Susulan kejadian itu, Bomba mengesahkan telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.19 petang sebelum menggerakkan dua jentera FRT bersama 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan dan BBP Ampang ke lokasi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, hujan lebat berterusan menyebabkan tiga kawasan itu dilimpahi banjir kilat setinggi antara 0.3 meter hingga 1.5 meter.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kata beliau, banjir kilat turut menyebabkan tiga penduduk terperangkap dalam kediaman yang dinaiki air dan anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan semua mangsa ke tempat selamat.

“Pada masa ini, keadaan air semakin surut dan pemantauan akan terus dijalankan di lokasi secara berterusan,” katanya dalam kenyataan sini hari ini.

Dalam kes berasingan, Norazam memberitahu, dua keluarga terdiri tiga dewasa dan lapan kanak-kanak termasuk seorang bayi berusia setahun dilaporkan terperangkap di seberang sungai akibat kepala air ketika berkelah di Air Terjun Sungai Pinang, Jalan Batang Kali petang tadi.

“Pasukan bomba dari BBP Bukit Sentosa digerakkan ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian pada pukul 7.26 petang.

“Usaha menyelamat baru selesai dijalankan sekitar pukul 9.45 malam tadi dan kesemua mangsa selamat,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.