Bebanan hutang 6 angka tak halang bekas jururawat bangkit berjaya - Utusan Malaysia

Bebanan hutang 6 angka tak halang bekas jururawat bangkit berjaya

RINA Mohd. Harun (tengah) ketika menghadiri program Jerayawara Jutawan Wanita bersempena program Wanita Bangkit Berniaga. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bebanan hutang hingga enam angka yang dihadapi pengasas jenama Faith Fleur dan Leaf, Siti Mariam Abdul Samad serta suaminya, Mohamad Abdul Halim Bahadorisam tidak menghalang mereka untuk bangkit mengubah kehidupan.

Siti Mariam yang juga pemilik Ctymary Resources Sdn. Bhd. berkata, perubahan tersebut tidak datang begitu sahaja sebaliknya memerlukan kesungguhan dan tindakan berterusan mengikut ilmu serta strategi yang terbukti berkesan.

Katanya, tanpa ilmu dan bimbingan mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, dia berkemungkinan belum berada pada tahap mencapai jualan jutaan ringgit setahun.

“Saya bersyukur kerana bukan saja dapat mengubah kehidupan keluarga sendiri malah ribuan orang terdiri daripada suri rumah, pekerja awam mahupun swasta serta graduan yang menjadi ejen Faith Fleur mampu menjana pendapatan.

“Dalam Faith Fleur yang memasuki tahun kelima, kami sudah melahirkan beberapa usahawan mencapai jualan jualan lebih RM1 juta setahun dan ramai lagi yang bakal menyusul, Insya-Allah” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Jerayawara Jutawan Wanita bersempena program Wanita Bangkit Berniaga.

Yang hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun; Pengarah Eksekutif RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International), Hasnita Ahmad dan Pengasas Bersama Faith Fleur, Mohamad Abdul Halim.

Wanita Bangkit Berniaga adalah kerjasama strategik bersama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang dilancarkan pada 21 Oktober lalu dan diadakan pada 26 hingga 28 November ini bagi menyediakan peluang buat golongan wanita dibimbing malah mulakan perniagaan.

Menurut Siti Mariam, dia juga tidak merasakan perkara yang sama berlaku pada dia dan suami yang mampu merubah kehidupan menjadi lebih baik dan menyelesaikan bebanan hutang tinggi, maka tak mustahil juga bagi anggota masyarakat di luar sana.

Dalam pada itu, Rina berkata, pihaknya teruja melihat usahawan jutawan seperti pasangan itu yang berjaya bangkit, bukan sahaja dalam kehidupan sendiri malah ramai keluarga lain.

“Sumbangan mereka bukannya kecil, sebaliknya begitu signifikan kepada institusi kekeluargaan di negara dengan memberikan peluang pekerjaan di samping menjana pendapatan sebagai seorang usahawan.

“Mereka ini boleh dijadikan sebagai ikutan dan inspirasi kepada orang ramai terutama golongan wanita yang mahu bangkit dan ubah kehidupan menjadi lebih baik dari sekarang,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN