Banjir : PPS kembali dibuka di Kedah - Utusan Malaysia

Banjir : PPS kembali dibuka di Kedah

ANGGOTA APM membuat persiapan awal untuk menempatkan mangsa banjir di PPS SK Binjal di Kubang Pasu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR : Seramai 64 mangsa banjir daripada 14 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kubang Pasu dekat sini hari ini.

Mangsa banjir tersebut dipindahkan sejak pukul 3 pagi berikutan hujan lebat malam semalam.

Jumlah mangsa banjir yang direkodkan pada pukul 8 pagi adalah seramai 49 mangsa daripada 11 keluarga dan setakat pukul 12 tengah hari pula meningkat kepada 64 mangsa.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusoff berkata, jumlah mangsa di PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang, Kubang Pasu di sini menempatkan seramai 43 mangsa daripada sembilan keluarga yang dibuka pada pukul 3 pagi.

Beliau berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Binjal pula menempatkan seramai 10 mangsa daripada dua keluarga.

Menururnya, PPS Dewan Kampung Nongka pula menempatkan seramai 11 mangsa daripada tiga keluarga.

“Jumlah itu dijangka meningkat bergantung pada paras air dan cuaca hujan pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian banjir di negeri ini sebelum ini, PPS  terakhir  yang ditutup adalah PPS Dewan Cenderawasih, Pendang pada 14 November lalu. -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN