Banjir Ampang: MB mahu laporan dibentang dalam DUN minggu depan - Utusan Malaysia

Banjir Ampang: MB mahu laporan dibentang dalam DUN minggu depan

AMIRUDIN Shari meluangkan masa hampir sejam melawat Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2021 yang diadakan di Pusat Penerbangan Serantau, SkyPark, Subang, Selangor, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor memberi tempoh sehingga minggu depan bagi mendapatkan laporan penuh insiden kejadian banjir di Ampang, Isnin lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, laporan tersebut akan dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu depan dan sudah mengarahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan badan terlibat menyediakan laporan lengkap.

“Kita sudah dapat laporan daripada pihak terbabit dan sedang mendapatkan maklumat lanjut.Pertama sekarang, kita hendak selesaikan hal kebajikan melibatkan 260 rumah yang terjejas dan hampir 600 individu terkesan, itu dulu kita hendak tangani. Selepas itu baru lihat apa kesannya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2021 di Pusat Penerbangan Serantau, SkyPark, Subang di sini, petang tadi.

Mengulas lanjut, Amirudin memberitahu, kawasan kejadian banjir terbabit bukan dalam lokaliti titik panas dan pihaknya tidak menolak ia berlaku disebabkan sistem perparitan yang tidak baik sehingga mengakibatkan banjir lumpur.

“Kita kena dapatkan laporan penuh dan adakah berpunca daripada kerja-kerja pembinaan berdekatan atau sebaliknya. Semua (pihak) kena bertanggungjawab untuk memastikan atau mengelak kejadian sama berulang,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya