Bandar Teluk Intan dinaiki air pasang besar - Utusan Malaysia

Bandar Teluk Intan dinaiki air pasang besar

KEADAAN bangunan Pejabat Pos Teluk Intan yang dinaiki air berikutan fenomena air pasang besar hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Beberapa kawasan di bandar Teluk Intan dinaiki air pagi ini berikutan fenomena air pasang besar.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa buah premis perniagaan di bandar ini yang terletak berhampiran Sungai Perak dinaiki air.

Air dikatakan naik dan melimpahi tebing sungai mulai pukul 4 pagi ini dari Sungai Perak, Sungai Batang Padang dan Sungai Bidor.

Turut dinaiki air ialah bangunan Pejabat Pos Teluk Intan di sini.

Sebelum ini, fenomena air pasang besar dijangka melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama empat hari mulai hari ini.

Fenomena tersebut dijangka menjadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak, berisiko mengakibatkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.

Di Perak, antara kawasan yang dijangka terlibat dengan fenomena itu ialah di Bagan Datuk.

Sekretariat Bencana Daerah Bagan Datuk telah mengenal pasti 21 kawasan di daerah itu yang berdepan risiko banjir akibat fenomena air pasang besar. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya