Atasi masalah banjir, pembangunan mapan antara manifesto BN - Utusan Malaysia

Atasi masalah banjir, pembangunan mapan antara manifesto BN

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Usaha mengatasi banjir adalah antara kandungan manifesto Barisan Nasional (BN) bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang diumumkan hari ini.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, BN akan terus menjayakan pembangunan mapan dan perkongsian kemakmuran bersama rakyat sebagai agenda kelima manifesto parti itu.

Justeru, kata beliau, pihaknya telah mengenal pasti projek-projek pembangunan berimpak tinggi selain menyediakan utiliti dan kemudahan berkualiti kepada rakyat.

“BN telah mengenal pasti projek-projek pembangunan berimpak tinggi yang dijajarkan bersekali dengan keperluan untuk menyediakan utiliti dan kemudahan awam yang berkualiti, sehinggalah kepada usaha-usaha mengatasi banjir serta melestarikan alam sekitar di Melaka,” katanya ketika melancarkan Manifesto BN di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN