Asfan Shah, Kmy Kmo terima anugerah antarabangsa pertama - Utusan Malaysia

Asfan Shah, Kmy Kmo terima anugerah antarabangsa pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer terkenal, Asfan Shah dan Kmy Kmo menzahirkan rasa syukur di atas pencapaian yang diraih di Toronto, Kanada, September lalu.

Menurut Asfan dan Kmy dalam perkongsian hantaran di Instagram milik mereka, anugerah yang diraih menerusi lagu Sifar itu diangkat menjadi juara pada International Media Festival For Prevention (IMFP) adalah anugerah antarabangsa pertama dalam kerjaya mereka.

“Alhamdulillah. Anugerah antarabangsa pertama saya. Syukur atas kemenangan lagu Sifar di Toronto Canada bersama pasukan yang hebat.

“Terima kasih Perkeso kerana memberikan kepercayaan dan peluang. Sayang sangat-sangat,” coret Asfan.

Sementara itu, Kmy Kmo, berkata, menyifatkan cabaran disusuli dengan ganjaran yang setimpal.

“Ini adalah anugerah “international” pertama yang diterima dalam hidup saya. Setiap usaha yang penuh dengan bermacam cabaran akan dihadirkan dengan hasil yang penuh dengan bermacam ganjaran.

“Hari ini tidak menjadi, tidak bermaksud kita gagal selamanya, hari ini tidak menjadi bermaksud kita perlu bersedia untuk kejayaan yang bakal tiba.

“Jalan terus, kalau aku boleh untuk bahagian aku, anda pun pasti boleh berjaya sama. Syarat dia jangan mengeluh dan jangan belajar membenci. Sekali lagi, jalan terus! Szalute (slanganya),” ungkap Kmy Kmo.

Menerusi perkongsian sama Kmy Kmo merancang bisnes Detiknya untuk ke peringkat sama.

Serentak dengan perkongsian mereka, di ruangan komen masing-masing dihujani dengan ucapan tahniah dan tidak kurang terdorong dengan semangat dua pengkarya hebat berkenaan.

Untuk rekod, lagu Sifar merupakan terbitan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya