fbpx

8 Disember 2021, 12:05 pm

  TERKINI

Anjakan program usahawan mahasiswa dalam platform e-dagang

NORAINI Ahmad (empat dari kiri), Roziah Mohd. Janor (dua dari kanan) bergambar bersama tetamu khas pada Majlis Program MoHE x Shopee: Siswa Mall di DATC UiTM Shah Alam hari ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Pengajian Tinggi membawa anjakan baharu program keusahawanan mahasiswa dengan meneroka peluang perniagaan dalam talian menerusi penubuhan ‘Siswa Mall’.

Program berkenaan bertujuan mempergiat usaha pembangunan program keusahawanan khususnya di institusi pengajian tinggi (IPT) dengan memperkasa elemen teknologi dan inovasi termasuk big data, internet of thing (IoT) dan kejuruteraan robotik.

Oleh yang demikian, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menyasarkan program berkenaan dapat memanfaatkan 12,000 orang graduan dalam semua IPT termasuk kolej komuniti dari 2019 hingga 2021.

Jelasnya, bagi mewujudkan lebih ramai usahawan dalam kalangan mahasiswa, kementerian melancarkan Program MoHE x Shopee: Siswa Mall iaitu satu usahasama bersama platform e-dagang terkemuka, Shopee.

“Dalam hubungan ini, Shopee Malaysia dilantik untuk menyediakan latihan keusahawanan dan platform perniagaan dalam talian kepada graduan.

“Dengan adanya kerjasama sebegini, graduan dapat dilatih dan diperkasakan khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan bidang keusahawanan dan e-dagang. Ini sudah tentu akan dapat mengukuhkan lagi usaha kementerian bagi membentuk golongan usahawan digital masa depan,” katanya dalam ucapan pelancaran Program MoHE x Shopee: Siswa Mall di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) di sini hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Naib Canselor UiTM, Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor.

Beliau menambah, program tersebut menyediakan latihan dalam aspek e-dagang serta kemahiran berniaga secara dalam talian kepada graduan IPT di seluruh negara.

“Ini penting bagi memberi nilai tambah kepada pelajar. Pada masa yang sama, hasrat untuk melahirkan graduan holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang akan dapat dicapai.

“Setiap pelajar yang berjaya dilatih di bawah program tersebut akan memulakan bisnes di Shopee dan turut menerima ‘Pakej Bantuan Usahawan Siswa’ yang disalurkan dari kementerian kepada pelajar melalui pihak Shopee,” jelasnya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI