Amanah lapor polis dakwaan PH promosi ideologi komunis - Utusan Malaysia

Amanah lapor polis dakwaan PH promosi ideologi komunis

MOHD. Ikhmal Mohd Iskandar (kiri) dan Ahli Jawatankuasa Amanah Kawasan Lumut, Abdul Mutalib Zakaria bersama laporan polis yang dibuat di IPD Manjung hari ini. - UTUSAN/SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Pergerakan Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak membuat laporan polis terhadap kenyataan seorang pemimpin Pas yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) membawa dan mempromosi ideologi komunis, dalam satu ceramah di Melaka malam kelmarin.

Laporan itu dibuat oleh Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Perak yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah Kawasan Lumut, Mohd. Ikhmal Mohd. Iskandar, di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di Seri Manjung di sini petang ini.

Dalam laporan itu, Mohd. Ikhmal berkata, pihaknya ada membaca dakwaan itu dalam Facebook sebuah portal berita ketika berada di Pejabat Pusat Khidmat Peduli Rakyat Parlimen Lumut, kira-kira pukul 2 petang semalam.

Jelasnya, laporan berita itu menyiarkan kenyataan seorang Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang dikatakan membuat dakwaan bahawa PH membawa dan mempromosi ideologi komunis khususnya ketika gabungan politik itu menjadi kerajaan.

Mohd. Ikhmal dalam laporannya menyatakan dakwaan tersebut dikeluarkan dalam satu ceramah Perikatan Nasional (PN) di Melaka yang telah disiarkan secara langsung dalam laman Facebook Pas pada tarikh 14 November lalu iaitu kelmarin.

“Dakwaan tersebut sangat berat dan sangat tidak berasas yang mana disifatkan boleh menimbulkan ketidaktenteraman kepada perpaduan kaum dan semangat Keluarga Malaysia,” katanya dalam laporan itu.

Justeru, Mohd. Ikhmal memberitahu laporan polis itu dibuat agar pihak polis dapat menjalankan siasatan menurut Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya