Air Sungai Golok mula melimpah, 6 keluarga tinggalkan rumah

Air Sungai Golok mula melimpah, enam keluarga tinggalkan rumah

ANGGOTA Bomba Balai Rantau Panjang melakukan tinjauan paras air Sungai Golok yang mula melepasi tahap amaran hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Hujan lebat di negeri ini sejak beberapa hari lalu, terutama di kawasan hulu Kelantan menyebabkan air Sungai Golok meningkat mendadak sehingga melepasi paras amaran.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Golok setakat tengah hari ini sudah mencecah 8.74 meter, berbanding paras normal 5 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, pihaknya sudah mula melakukan rondaan rutin bagi memantau paras terkini air Sungai Golok.

“Pada masa sama, kita memberikan nasihat dan peringatan supaya penduduk segera membuat persiapan menghadapi banjir ekoran cuaca tidak menentu ketika ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, semakan Utusan Malaysia di portal sama mendapati enam keluarga dari Kampung Gual Tok Deh, di sini telah meninggalkan rumah masing-masing kerana dinaiki air kesan limpahan Sungai Golok.

Kesemua keluarga terdiri daripada 31 individu tersebut kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh yang diaktifkan sejak pukul 10 malam tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN