Air pasang besar: 70 penduduk dipindahkan di Beruas - Utusan Malaysia

Air pasang besar: 70 penduduk dipindahkan di Beruas

KEADAAN banjir di bandar Teluk Intan, Perak, berikutan air pasang besar pagi ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERUAS: Seramai 70 orang daripada 21 keluarga yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Panchor, Pengkalan Bharu di sini, terpaksa dipindahkan selepas penempatan mereka dinaiki air susulan fenomena air pasang besar malam tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Manjung berkata, kesemua mereka dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Panchor, kira- kira pukul 8 malam tadi.

Menurutnya, penempatan tersebut dinaiki air sedalam 0.2 meter dan keadaan cuaca mendung malam tadi tetapi keadaan adalah baik dan terkawal pagi ini.

“Mangsa yang dipindahkan ke PPS SK Panchor terdiri daripada 26 lelaki termasuk enam warga emas, 25 wanita termasuk lapan warga emas, lapan kanak-kanak lelaki dan 11 kanak-kanak perempuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitah,u seramai 42 petugas melibatkan tujuh agensi bertugas memantau situasi di PPS dan penempatan tersebut. 

Sementara itu, bandar Teluk Intan turut dinaiki air berikutan air pasang besar pagi ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN