Agenda pemerkasaan parti, komuniti jadi keutamaan MIC - Utusan Malaysia

Agenda pemerkasaan parti, komuniti jadi keutamaan MIC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dengan proses pemilihan kepimpinan MIC peringkat kebangsaan dan negeri hujung minggu lepas berjalan lancar, kini keutamaan parti yang berusia 75 tahun tersebut adalah memastikan agenda pemerkasaan parti dan komuniti India yang berkesan.

Naib Presiden MIC Datuk T. Murugiah, perwakilan peringkat akar umbi dari seluruh negara telah menunaikan tanggungjawab mereka dengan memilih barisan kepimpinan parti bagi tiga tahun akan datang.

Barisan kepimpinan yang dipilih itu katanya akan mendukung aspirasi dan agenda Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran demi pembangunan dan transformasi masyarakat India di Malaysia.

“Pemilihan kali ini telah berlangsung dengan penuh semangat persaudaraan. Pemilihan gandingan muka baru dan lama di semua peringkat mencerminkan kematangan dan harapan akar umbi parti dalam memastikan kepimpinan parti terus kukuh dan cekal di dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa, sama ada dari segi politik mahupun impak sosio ekonomi yang tercetus akibat pandemik Covid-19,” kata Murugiah dalam kenyataan.

Dalam permilihan barisan kepimpinan tertinggi MIC bagi penggal 2021-2024 tersebut, Datuk T. Mohan dan Murugiah berjaya mengekalkan jawatan Naib Presiden dengan masing-masing memperoleh 11,586 dan 9,139.

Manakala Datuk M. Asojan muncul Naib Presiden baru dengan meraih 8,703 undi.

Sementara itu, 21 ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti telah turut terpilih dari kalangan 44 calon yang bertanding.

Sebelum ini, Vigneswaran dan timbalan beliau Datuk Seri M. Saravanan telah mempertahankan jawatan mereka tanpa sebarang cabaran.

Mengulas mengenai pemilihannya sebagai Naib Presiden dengan undi kedua tertinggi berbanding dengan kedudukan ketiga pada tahun 2018, Murugiah berkata hasrat dan kesediaan untuk berkhidmat adalah lebih penting dari bilangan undi yang diperolehi.

“Saya amat menghargai mandat yang diberikan akar umbi kali ini yang lebih signifikan. Sebagai seorang bekas tentera, saya sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa sesebuah peperangan itu hanya boleh dimenangi jika barisan tentera setia dan taat kepada panglima mereka, komited melaksanakan strategi perang yang dilakar bersama.

“Kesetiaan saya tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Tan Sri SA Vigneswaran, saya yakin dengan kewibawaan beliau di dalam menjulang perjuangan parti MIC. Saya menyeru seluruh barisan kepimpinan dan ahli MIC teguh bersama Presiden di dalam merealisasikan segala agenda dan visi kita,” ujar Murugiah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya