Adly ditentang tiga calon - Utusan Malaysia

Adly ditentang tiga calon

ADLY Zahari (baju Melayu putih) menunggu sementara di khemah disediakan sebelum dibenarkan masuk menghantar borang pencalonan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka. - UTUSAN/JUANI MUNIR ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berhadapan tiga calon lain termasuk daripada Bebas bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Perkembangan itu sekali gus menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), PH, Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.

Adly bakal ditentang calon BN, Datuk Hasnoor Sidang Husin yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya.

Dua lagi calon adalah wakil PN, Muhammad Al Afiz Yahya dan calon Bebas, Abdul Hamid Mustafar.

Adly sebelum ini menang kerusi Bukit Katil ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan majoriti 3,159 undian dalam pertandingan tiga penjuru antara BN dan Pas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya