Ab. Rauf selesai mengundi - Utusan Malaysia

Ab. Rauf selesai mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASJID TANAH: Calon ‘heavyweight’ Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jeram di sini hari ini.

Beliau yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara tiba di pusat mengundi itu pada pukul 8.19 pagi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka yang tiba berseorangan dilihat memakai baju batik sempat melemparkan senyuman kepada pada pengamal media membuat liputan.

Dalam pilihan raya kali ini, Ab. Rauf  berdepan pertembungan tiga penjuru dengan bakal dicabar calon PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Zainal Hassan daripada Pakatan Harapan (PH).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya