Ab. Rauf bersaing dengan Mas Ermieyati dan Zainal di kerusi DUN Tanjung Bidara - Utusan Malaysia

Ab. Rauf bersaing dengan Mas Ermieyati dan Zainal di kerusi DUN Tanjung Bidara

AB. RAUF Yusoh (dari kanan), Mas Ermieyati Samsudin dan Zainal Hasan selepas menyerahkan borang pencalonan di PPC DUN Tanjung Bidara, Kompleks Japerun Tanjung Bidara, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berdepan saingan tiga penjuru dalam usaha mempertahankan kubu kuat Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah itu yang pertama kali bertanding, bakal ditentang Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hasan.

Kesemua calon mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh penamaan calon tamat tepat pukul 10 pagi tadi.

Tiada calon Bebas mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding di kerusi tersebut.

Pengumuman rasmi calon yang bertanding dibuat oleh Pegawai Pengurus (RO) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tanjung Bidara, Mohamad Farid Othman.

Proses penamaan berlangsung di Dewan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan DUN (Japerun) Tanjung Bidara.

Ia berjalan dalam suasana kebiasaan baharu apabila hanya calon, pencadang dan penyokong atau mana-mana dua orang daripada mereka, atau mana-mana seorang daripada mereka, dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon (PPC) bagi mengemukakan kertas pencalonan.

Kerusi Tanjung Bidara sebelum ini dimenangi BN melalui Datuk Md. Rawi Mahmud yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan PRU-14, namun bekas guru itu mengumumkan tidak akan mempertahankannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya