95 ahli Bersatu sertai UMNO - Utusan Malaysia

95 ahli Bersatu sertai UMNO

ISHAM Jalil (dua kiri) diiringi oleh Mohamad Ali Mohamad menerima semula memorandum sokongan dari Rosjihan Abd. Rahman (dua kanan) pada sidang akhbar khas di Baitul Tariq, Taman Klebang Permai, Melaka. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 95 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Cawangan Kampung Bertam Hulu, Sungai Udang malam ini mengumumkan keluar parti dan kembali semula menyertai UMNO.

Pengerusi Tetapnya, Ros Jihan Ab. Rahman berkata, keputusan yang diambil susulan kecewa dengan cara pentadbiran pimpinan Ketua Cawangan tersebut.

“Dia ini tidak jujur dan tidak ikhlas dalam perjuangan dan hanya mementingkan diri sendiri selain cuba melonjakkan diri ke peringkat atas.

“Soal kami dan seluruh penduduk di Kampung Bertam Hulu tidak langsung dipedulikan. Walaupun aduan telah dibuat kepada pucuk pimpinan negeri, namun tidak diendahkan.

“Sehubungan itu, saya mewakili seluruh 95 ahli Cawangan Bertam Hulu malam ini mengumumkan keluar daripada Bersatu dan menyertai UMNO semula,” katanya dalam sidang akhbar di Baitul Tariq, Klebang Permai di sini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu yang juga calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil.

Pada majlis tersebut, Mohamad Ali menerima borang keahlian bekas ahli Bersatu itu untuk menyertai UMNO.

Sementara itu, Mohamad Ali melahirkan rasa syukur apabila 95 individu itu telah kembali semula ke pangkuan UMNO.

“Saya sangat terharu kerana ahli parti yang tinggalkan UMNO telah kembali semula. Keputusan mereka itu dibuat kerana menyedari hanya UMNO sahaja sebuah parti yang dapat memperjuangkan nasib rakyat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya