MELAKA: Seramai 739 pegawai dan anggota polis melaksanakan tanggungjawab mengundi awal di Pusat Pengundian Awal (PPA) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini, sejak pukul 8 pagi tadi.
Sebanyak dua saluran mengundi dan khemah tempat khas khusus bagi mereka yang mempunyai gejala Covid-19 disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sesi pengundian dilakukan pada empat slot waktu kehadiran ditetapkan iaitu pukul 8 hingga 10 pagi, 10 pagi hingga 12 tengah hari, 12 tengah hari hingga 2 petang dan 2 petang hingga 4.30 petang.
Hadir meninjau PPA tersebut ialah Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh; Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass dan Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali.
Turut hadir calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Michael Gan Peng Lam.