697 individu di Kelantan ditipu scammer dalam 10 bulan - Utusan Malaysia

697 individu di Kelantan ditipu scammer dalam 10 bulan

SHAFIEN Mamat menyampaikan maklumat kepada pengunjung dalam Program Kempen Pencegahan Jenayah Komersial (Jenayah Dalam Talian) di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 697 individu di negeri ini menjadi mangsa scammer atau sindiket penipuan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini dengan jumlah kerugian dianggarkan mencecah sebanyak RM12.7 juta.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, jumlah itu bagaimanapun berkurangan berbanding tahun lepas yang merekodkan sebanyak 866 kes dengan kerugian mencecah RM18.97 juta.

Kata beliau, kes e-dagang melibatkan paling ramai mangsa, iaitu 282 orang dengan kerugian RM1.538 juta diikuti kes pinjaman tidak wujud 100 mangsa (RM1.03 juta), tipu pelaburan dalam talian 62 mangsa (RM1.07 juta) dan Macau Scam 53 mangsa (RM1.86 juta).

“Golongan paling ramai menjadi mangsa adalah pekerja swasta 359 orang, pegawai kerajaan 135 orang, pelajar 93 orang, golongan profesional 10 orang dan pelbagai lagi latar belakang 100 orang.

“Mangsa berusia antara 20 hingga 30 tahun  biasanya mudah terjerat dengan love scamer kerana terdedah dengan pelbagai aplikasi menggunakan gajet manakala mangsa berusia 40 hingga 60 tahun pula mudah terjebak dengan penipuan e-dagang,” katanya ketika menjayakan Program Kempen Pencegahan Jenayah Komersial (Jenayah Dalam Talian) di Pasar Raya KB Mall di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya