5,189 MyKad hilang di Terengganu akibat banjir - Utusan Malaysia

5,189 MyKad hilang di Terengganu akibat banjir

MOHAMAD NASIR KAREEM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 5,189 MyKad dilaporkan hilang di negeri ini dalam bencana banjir sejak empat tahun lalu. 

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Mohamad Nasir Kareem berkata, daripada jumlah itu, sejumlah 1,139 kes direkodkan pada 2018 diikuti 1,803 kes (2019), 1,608 kes (2020) dan 639 (2021).

Katanya, kesemua kes itu direkodkan dalam tempoh satu dan dua bulan antara Disember dan Januari. 

“Bagi musim tengkujuh kali ini, kita bersiap siaga menggerakkan dua pasukan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang kehilangan kad pengenalan dan sijil kelahiran.

“Proses penggantian dokumen pengenalan diri yang baharu tidak masa lama dan boleh disiapkan dalam tempoh 24 jam jika tiada apa-apa masalah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Mohamad Nasir berkata, bagi kes bencana, tiada sebarang denda dikenakan kepada mereka yang kehilangan MyKad atau sijil kelahiran. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya