40 anggota kongsi gelap guna nama NGO ditahan

40 anggota kongsi gelap guna nama NGO ditahan

SERAMAI 40 lelaki dipercayai ahli kongsi gelap yang berselindung di sebalik nama sebuah NGO ditahan polis dalam serbuan di sebuah restoran mewah di Seberang Jaya, Pulau Pinang Sabtu lalu. - FOTO/FACEBOOK PDRM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seramai 40 lelaki dipercayai ahli kongsi gelap yang cuba berselindung di sebalik nama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditahan polis dalam serbuan di sebuah restoran mewah di Seberang Jaya, dekat sini Sabtu lalu. 

Kesemua mereka yang berusia antara 22 hingga 56 tahun dan berasal dari negeri ini, Kedah dan Perlis itu ditahan ketika menghadiri majlis pengenalan dan pendaftaran ahli baharu di restoran tersebut kira-kira pukul 9.30 malam. 

Operasi itu digerakkan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) hasil maklumat awam. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, serbuan itu dilakukan selepas polis mengesyaki satu kumpulan kongsi gelap cuba mengaburi pihak berkuasa dengan berselindung di sebalik sebuah NGO bagi menghidupkan kembali pengaruh mereka di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. 

“Pemeriksaan yang dijalankan mendapati lapan daripada lelaki yang ditahan mempunyai “tatoo” sebuah pertubuhan haram.

“Selain itu, polis turut merampas 56 buah telefon bimbit, dua bentuk cincin, seutas rantai serta sepasang subang yang mempunyai lambang sebuah pertubuhan haram,” katanya menerusi kenyataan di laman sosial Facebook PDRM Pulau Pinang hari ini. 

Menurut Rahimi, kesemua yang ditahan dibawa ke IPD SPT dan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 (Kesalahan menganggotai pertubuhan yang menyalahi Undang-Undang). 

Jika disabitkan kesalahan katanya, boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali. 

“PDRM mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang memberikan maklumat dan bekerjasama baik dalam bersama-sama membanteras jenayah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya