306 cek MBPJ bernilai lebih setengah juta tidak ditunaikan - Utusan Malaysia

306 cek MBPJ bernilai lebih setengah juta tidak ditunaikan

petaling jaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 306 cek yang bernilai RM 524,382.12 yang tidak ditunaikan dari tempoh 1 Januari 2019 sehingga 30
November 2020.

Cek yang tidak ditunaikan ini merupakan bayaran yang telah dikeluarkan oleh Majlis kepada individu, syarikat dan sebagainya bagi bayaran sumbangan, komisyen, pengembalian cagaran dan sebagainya.

Sehubungan dengan ini, Majlis ingin memaklumkan kepada penerima cek yang tidak ditunaikan boleh menyemak di pautan https://www.mbpj.gov.my/sites/default/files/senarai_cek_tak_dituntut_2019-2020_.pdf dan seterusnya membuat tuntutan sehingga 31 Disember 2021.

Orang awam yang ingin membuat tuntutan boleh melakukan permohonan tersebut dengan menggunakan format surat permohonan Lampiran A seperti di pautan https://www.mbpj.gov.my/sites/default/files/hebahan_cek_tak_ditunai_2019-2020.pdf .

Untuk makluman, selepas tarikh 31 Disember 2021, cek yang masih tidak dituntut akan diserahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Perbendaharaan MBPJ di talian 03-79563544 sambungan 211/215/216.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya