17,537 kes penipuan online dalam tempoh 10 bulan - Utusan Malaysia

17,537 kes penipuan online dalam tempoh 10 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 17,537 kes berkaitan penipuan dalam talian dengan kerugian RM449 juta direkodkan sepanjang 10 bulan lalu.

Jumlah itu melibatkan kes pembelian dalam talian, pinjaman tidak wujud, pelaburan, Macau Scam, African Scam dan Business Email Compromise (BEC).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, jumlah itu dilihat meningkat berbanding tempoh sama pada tahun lalu. 

“Berlaku peningkatan sebanyak 428 kes berbanding 17,109 kes yang direkodkan bagi tempoh sepanjang tahun lalu dengan kerugian sebanyak RM509 juta.

“Jumlah kes yang direkodkan pada tahun ini (sehingga Oktober lalu) dijangka meningkat sekiranya tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat tidak ditingkatkan,” katanya selepas Program High Profile Policing (HPP) sempena Kempen Pencegahan Jenayah Komersial (Jenayah Dalam Talian) di sebuah pusat beli-belah di Bandar Sunway, dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Kamaruddin berkata, pihaknya ada menerima beberapa laporan baharu berkaitan kes penipuan pembelian alat permainan konsol PlayStation 5 (PS5).

Ujar beliau, siasatan diselesaikan secepat mungkin bagi membolehkan polis mencadangkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi membuat pendakwaan kepada lelaki terbabit.

“Tangkapan sudah dibuat baru-baru ini oleh PDRM dan kini berada dalam proses untuk selesaikan siasatan.

“Kita berharap dapat selesaikan siasatan dalam masa terdekat dan boleh mencadangkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk menuduh dia”, ujarnya.

Minggu lalu, Mohd. Kamaruddin dilapor mengesahkan tangkapan terhadap suspek berusia 23 tahun yang didakwa menipu berhubung pra-pembelian PS5.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya