14 individu ditahan terlibat sindiket kutip derma dalam talian - Utusan Malaysia

14 individu ditahan terlibat sindiket kutip derma dalam talian

MAZLAN LAZIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesan sindiket penipuan kutipan sumbangan secara dalam talian menggunakan nama pusat kebajikan anak yatim serta orang kurang upaya (OKU) dengan menahan 14 individu dipercayai terlibat dalam aktiviti tersebut. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata taktik menggunakan nama pusat kebajikan itu bagi meraih simpati orang ramai sekali gus memudahkan proses kutipan sumbangan berkenaan.

Katanya, sindiket kemudian menghubungi mangsa untuk meminta sumbangan wang dana kebajikan anak yatim, madrasah dan OKU.

“Mangsa yang rasa bersimpati akan memasukkan wang ke dalam akaun bank dipercayai menggunakan keldai akaun.

“Setakat ini kita telah menahan 14 individu dipercayai terlibat dalam sindiket ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Gombak di sini hari ini. 

Menurut Mazlan, siasatan awal mendapati sindiket itu menyediakan skrip perbualan sebelum menghubungi mangsa. 

Ujar beliau, sindiket akan memperkenalkan diri kononnya daripada pusat kebajikan tertentu untuk minta sumbangan. 

“Kita mendapati sindiket tersebut masih bergiat aktif sehingga kini. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dan membuat semakan dengan polis terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi wang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN