13 motosikal musnah dalam kebakaran - Utusan Malaysia

13 motosikal musnah dalam kebakaran

SEBANYAK 13 buah motosikal musnah dalam dalam kejadian kebakaran di Flat Desa Mawar, Ayer Itam, Pulau Pinang awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sebanyak 13 buah motosikal musnah dalam dalam kebakaran di Flat Desa Mawar, Ayer Itam, di sini awal pagi tadi. 

Kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu dikatakan berlaku di kawasan letak kenderaan flat berkenaan ketika kebanyakan penghuninya sedang nyenyak tidur. 

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 4.12 pagi sebelum tiba kurang 10 minit ke lokasi kejadian. 

“Apabila bomba tiba, didapati berlaku kebakaran melibatkan 13 buah motosikal. 

“Kebakaran itu berlaku di kawasan parkir kenderaan yang mengakibatkan motosikal berkenaan terbakar hampir keseluruhannya,” katanya kepada pemberita hari ini. 

Beliau berkata, operasi membabitkan tujuh anggota termasuk penyelia dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong itu berjaya memadamkan kebakaran pada pukul 4.32 pagi sebelum operasi itu ditamatkan pukul 4.46 pagi. 

Tambahnya, tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya