10 rumah terbakar, 143 mangsa tinggal sehelai sepinggang di Tawau - Utusan Malaysia

10 rumah terbakar, 143 mangsa tinggal sehelai sepinggang di Tawau

KEBAKARAN memusnahkan 10 buah rumah dan enam kenderaan di Kampung Kinabutan Besar di Tawau hari ini.-IHSAN Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Kira-kira 143 orang tinggal sehelai sepinggang apabila 10 rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Kinabutan Besar, Batu 5 Jalan Apas, hari ini.

Dalam kebakaran yang berlaku pada pukul 5.40 pagi, 10 buah rumah dan enam kenderaan musnah sepenuhnya dalam kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.21 pagi dan sekumpulan 16 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kebakaran yang terletak 10 kilometer dari balai.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati empat buah rumah jenis kekal dan enam rumah jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu. Turut terbakar adalah enam buah kenderaan.

Operasi pemadaman kebakaran dilakukan dengan menggunakan tiga pancutan daripada sungai berhampiran.

“Tiada sebarang kecederaan dan kematian dilaporkan berlaku dalam kejadian itu. Operasi terkawal pada pukul 6.50 pagi dan tamat sepenuhnya pada pukul 11.27 pagi.

Tambah beliau, siasatan mengenai punca kebakaran dan jumlah kerugian yang terlibat akan dijalankan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN