Wanita jual roti canai positif dadah - Utusan Malaysia

Wanita jual roti canai positif dadah

BARANGAN yang dirampas berupa pEket lutsinar yang disyaki dadah jenis Methamphetamine.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKAH: Seorang peniaga roti canai berasal dari Mukah ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 51.60 gram.

Suspek wanita yang berusia 40 tahun itu ditahan di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi  Jalan Selangau-Bintulu sekitar jam 5.45 petang semalam.

MUHAMAD RIZAL ALIAS

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata, suspek dipercayai sedang menunggu pelanggan ketika ditahan di lokasi yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah telah menjumpai satu beg silang yang mengandungi satu paket plastik lutsinar besar berisi dua peket plastik lutsinar sederhana besar masing-masing berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah methamphetamine.

Spesimen ujian positif dadah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 “Turut ditemukan ialah satu peket plastik lutsinar sederhana besar yang mengandungi lima peket plastik lutsinar kecil yang berisi ketulan-ketulan kristal juga dipercayai dadah jenis yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, berdasarkan siasatan awal suspek telah didapati terlibat dengan penagihan dadah sejak 2010.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine,” tambahnya. 

Bagaimanapun, suspek serta barang rampasannya turut dibawa ke pejabat BSJN IPD Mukah untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengukut Sekysen 39B (2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau dipenjara seumur hidup dengan 15 kali sebatan.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN