Vaksinasi di Lembah Klang hanya melalui janji temu bermula Isnin - Utusan Malaysia

Vaksinasi di Lembah Klang hanya melalui janji temu bermula Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bermula Isnin ini, vaksinasi bagi penduduk di Lembah Klang bagi warga negara atau bukan warga negara dilaksanakan dengan kaedah janji temu di klinik kesihatan (KK) dan pejabat kesihatan daerah (PKD).

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) memaklumkan, individu dewasa yang ingin mendapatkan vaksinasi Covid-19, termasuk mereka yang terlepas janji temu suntikan dos kedua, perlu membuat janji temu awal terlebih dahulu dengan menghubungi nombor telefon bilik gerakan vaksinasi daerah masing-masing atau menerusi emel.

Menurut CITF, semua KK dan PKD itu beroperasi pada Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Untuk vaksinasi remaja 12 tahun hingga 17 tahun pula, orang ramai diminta merujuk kepada pengumuman dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai diminta menghubungi talian KK atau PKD berdasarkan lokasi yang berhampiran dengan penerima.

 

Senarai Klinik Kesihatan di Kuala Lumpur dan Putrajaya:

PEJABAT KESIHATAN TITIWANGSA

Klinik Kesihatan Kuala Lumpur [email protected] (011-12311904)

Klinik Kesihatan Setapak [email protected] (03-41425429)

Klinik Kesihatan Kampung Pandan [email protected] (017-5558108)

Klinik Kesihatan Datuk Keramat [email protected] (014-3227543)

PEJABAT KESIHATAN KEPONG

Klinik Kesihatan Jinjang [email protected] (03-62583355)

Klinik Kesihatan Sentul [email protected] (03-62500594)

Klinik Kesihatan Batu Muda [email protected] (03-62415322)

PEJABAT KESIHATAN LEMBAH PANTAI

Klinik Kesihatan Tanglin [email protected] (03-26983311) (03-26983580) (03-26983490)

Klinik Kesihatan Muhibbah [email protected] (03-77726040)

PEJABAT KESIHATAN CHERAS

Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak ppvkkbtr@ gmail.com (03-91713333)

Klinik Kesihatan Cheras vaccinekkc@ gmail.com (03-91333322)

Klinik Kesihatan Sungai Besi [email protected] (03-90549911)

Klinik Kesihatan Cheras Baru ppvkkcherasbaru@ gmail.com (03-91333322)

PEJABAT KESIHATAN PUTRAJAYA

Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18 [email protected] (013-8880938)

Senarai PKD di Selangor:

PKD Petaling 03-78840400 [email protected]

PKD Kuala Langat 019-3286275 [email protected]

PKD Gombak 03-60913814 [email protected]

PKD Kuala Selangor 03-32812309/ 019-4727453 (Whatsapp) [email protected]

PKD Klang 019-6466658 (Whatsapp) [email protected]

PKD Hulu Selangor 03-60642078 [email protected]

PKD Hulu Langat 03-87397909 [email protected]

PKD Sepang 03-87066001 [email protected]

PKD Sabak Bernam 019-3656570 [email protected]

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN