USIM johan Pertandingan Debat Antirasuah IPT Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM - Utusan Malaysia

USIM johan Pertandingan Debat Antirasuah IPT Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM

AZAM Baki (empat dari kiri) bergambar bersama johan Pertandingan Debat Antirasuah IPT Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM 2021 yang dimenangi USIM di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pasukan debat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dinobatkan sebagai johan Pertandingan Debat Antirasuah IPT Piala Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tahun 2021.

Mereka mengalahkan 40 pasukan pendebat dari IPT seluruh negara menerusi pertandingan yang berlangsung sejak 22 Oktober lalu.

SPRM menerusi kenyataan akhbar memaklumkan, USIM yang dibarisi tiga pendebat pulang dengan hadiah piala pusingan, piala iringan, piala individu, buku tajaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), wang tunai RM5,000 dan sijil pencapaian.

Naib johan pula dimenangi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang membawa pulang hadiah piala individu, buku tajaan DBP, wang tunai RM3,000 dan sijil pencapaian. 

“Pendebat terbaik dirangkul Mohd. Zulzarif Mohd. Zakuan dari UniSZA yang turut membawa pulang hadiah piala individu, buku tajaan DBP, wang tunai RM1,000 dan sijil pencapaian,” jelas SPRM.

Menurutnya, sebanyak 40 pasukan membabitkan seramai 140 peserta daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidikan MARA (IPMa) menyertai pertandingan itu.

Pertandingan berlangsung selama empat hari bermula 22 sehingga 24 Oktober bagi pusingan awal, suku akhir dan separuh akhir manakala pertandingan akhir dilangsungkan di Auditorium, Ibu Pejabat SPRM, di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika berucap pada majlis penutup pertandingan itu berkata, tujuan utama pertandingan adalah bagi membentuk mahasiswa agar sentiasa peka dengan keadaan semasa dan berani menyuarakan pendapat berkenaan isu rasuah dan integriti.

“Kami berharap suara-suara inilah yang harus dicetuskan agar menjadi gelombang arus perubahan di dalam usaha pencegahan rasuah di negara ini terutama di kalangan golongan generasi muda sekarang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.